Sejarah Sekolah Skip to content
Sejarah Sekolah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Tengku Azmi   
Jumaat, 18 Februari 2011 07:03

Sejarah SMK Kandis


Sekolah ini terletak di Kg Telong, Bachok Kelantan. Sejauh 13.8 km dari Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.Idea pembinaan sekolah ini banyak diusaha oleh Dato’ Haji Ahmad Shahibuddin b Hj Mohd Noor yang ketika itu menjadi ADUN Kawasan Jelawat . Sekolah yang dibina di kawasan seluas 17.8 ekar ini mula beroperasi pada 1 Disember 1992. Sekolah yang menjadi kebanggaan masyarakat sekitarnya ini berdiri megah dengan mempunyai 3 blok bangunan 3 tingkat , 3 blok bangunan 2 tingkat termasuk asrama, 1 bangunan musalla , 1 bangunan kantin dan 1 bangunan makmal komputer.

Seiring dengan pembangunan Kawasan Tok Bali, kecemerlangan yang banyak dicapai oleh pelajar-pelajar dan kepercayaan yang tinggi ibubapa terhadap sekolah ini, bilangan pelajar telah bertambah dengan pesat sekali iaitu daripada seramai 175 orang pelajar pada tahun 1992 kepada 1076 orang pelajar pada tahun ini(2006). Semua pelajar sekolah ini adalah berbangsa Melayu dan lebih dari 99% ibubapa penjaga pelajar sekolah ini adalah petani, buruh kasar dan nelayan.

 

Keistimewaan/Watak/Imej/Identiti Sekolah


SMK Kandis merupakan sekolah menengah yang paling luar bandar dalam PPD Bachok, tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam dan banyak bergantung kepada pengangkutan sendiri.

Lebih dari 90% muridnya adalah terdiri daripada anak petani, nelayan dan buruh kasar dan 100 % adalah berbangsa Melayu dan Islam.

Pencapaian akademik pada tahun 2004 di peringkat PMR dan SPM amat membanggakan dari segi peratus kualiti dan kuantiti dimana SMK Kandis berada di tiga tempat teratas mengikut ranking PPD Bachok.

Walaupun pencapaian PMR dan SPM 2005 menunjukkan sedikit penurunan dari segi kuantiti tetapi menunjukkan peningkatan dari segi kualiti.

Pada tahun 2005 SMK Kandis satu-satunya sekolah dalam PPD Bachok dinobatkan sebagai penerima ANUGERAH SEKOLAH PUNCAK GEMILANG Iiaitu satu anugerah yang paling berprestij berdasarkan kecemerlanagan sekolah dalam bidang akademik, kokurukulm dan sahsaiah murid.

Dalam bidang ko kurikulum, terdapat pelajar SMK Kandis yang telah berjaya dengan cemerlang sehingga berjaya mewakili NEGARA khasnya dalam Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah ASEAN iaitu acara jalan kaki pada tahun 2004.

SMK Kandis juga telah muncul sebagai NAIB JUARA dalam Pertandingan Juara Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan.

Mencapai ANUGERAH JUARA PENGURUSAN PIBG Peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2005 dan tahun 2002.

 

Latar Belakang Ibu Bapa, Komuniti dan persekitaran luar sekolah

Latar belakang sosio ekonomi ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kandis, Bachok 99% terdiri daripada golongan petani dan nelayan. Manakala 1 % lagi terdiri daripada golongan peniaga, kakitangan awam dan swasta.


Walaupun majoriti ibu bapa pelajar terdiri daripada golongan petani dan nelayan tetapi tahap kesedaran mereka tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka adalah tingg. Perkara ini jelas dapat dilihat apabila mereka sanggup berkorban apa sahaja demi masa depan anak-anak meraka sama ada wang ringgit, masa atau tenaga.

Kerjasama daripada ibu bapa kepada pihak sekolah amat memuaskan sekali sama ada berbentuk bantuan tenaga, masa,moral dan material. Ini terbukti dengan kehadiran ibu bapa dalam setiap kali mesyuarat agong PIBG diadakan mencapai 90 %. Begitu juga apabila diadakan program-program lain seperti seperti Program Permata Yang Digilap, Program Motivasi Ibu Bapa, Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan, Solat Hajat Asrama, PMR dan SPM pihak sekolah tidak pernah kecewa dengan sokongan yang diberikan oleh ibu bapa.

Pihak sekolah telah membina satu jalinan strategik dengan komuniti setempat. SMKK menjadi anak agkat kepada Balai Polis Daerah Bachok semenjak 2003. Dalam hal ini, pihak polis sentiasa memberi kerjasama yang amat memuaskan kepada pihak sekolah. Pihak polis telah diundang untuk majlis-majlis tertentu seperti Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah, Pentauliahan Pasukan Kadet Polis, mesyuarat agong PIBG dan program-program yang bertujuan meningkatkan sahsiah murid.

Pihak sekolah juga menjadi anak angkat kepada pusat pengajian tinggi di Kandis iaitu Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST). Di mana pihak KIST pada 7 Januari 2007 telah memberi sumbangan berbentuk beg sekolah kepada murid-murid miskin SMKK.

Setiap kali pihak sekolah mengadakan majlis sempena sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulud Nabi saw, Sambutan Majlis Asyura, Maal Hijrah dan sebagainya, masyarakat setempat dijemput melalui Ketua Kampong, Imam Masjid / surau untuk sama-sama menjayakannya bersama pihak sekolah.

Jalinan mesra dengan masyarakat setempat makin terserlah apabila usaha memberi motivasi dan cara belajar oleh pakar motivasi dari luar iaitu Tn. Hj. Termizi Hj. Musa mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat. Program-program motivasi ini penting kerana ianya dapat memberi kefahaman kepada ibu bapa dan penjaga tentang cabaran dunia pendidikan masa kini.

LAST_UPDATED2
 

© Sekolah Menengah Kebangsaan Kandis 2011. Hak cipta terpelihara.
Untuk paparan terbaik, sila gunakan pelayar Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.