MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM Skip to content
Anda di sini: Halaman Utama Informasi
MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Norhayati   
Isnin, 02 Oktober 2017 03:22
Majlis Anugerah Kokurikulum telah diadakan pada 1 Oktober 2017 di Dewan Terbuka Kantin.
Majlis bermula 7.30 pagi dan dirasmikan oleh Pengetua SMK Kandis, En Mat Saei bin Mohd Noor.
Majlis Anugerah Kokurikulum adalah satu majlis yang dirancang khas untuk meraikan serta memberi penghargaan
kepada para pelajar dan barisan pemimpin sekolah ini. Majlis ini juga digarap bagi menonjolkan
para pelajar yang telah mencipta kejayaan dan mengharumkan nama sekolah dalam aktiviti kokurikulum
sepanjang tahun 2017 serta memberi apresiasi kepada barisan kepimpinan pelajar yang telah menjalankan
tugas dengan penuh dedikasi.
Program ini dijalankan adalah untuk memberikan anugerah dan apresiasi kepada para pelajar yang
telah menunjukkan kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum dan kepimpinan pelajar agar dapat dijadikan
pemangkin serta pembakar semangat untuk mereka lebih berjaya lagi pada masa akan datang.
Majlis Anugerah Kokurikulum adalah bertujuan memberikan semangat aspirasi dan motivasi kepada
semua warga sekolah agar terus berusaha melakar kejayaan dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat
sekolah, zon, daerah mahupun negeri dan kebangsaan.
Majlis di mulakan dengan persembahan pelajar Seni Silat dan dimeriahkan lagi dengan persembahan teakwando
 

© Sekolah Menengah Kebangsaan Kandis 2011. Hak cipta terpelihara.
Untuk paparan terbaik, sila gunakan pelayar Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.