Pendahuluan Skip to content
Anda di sini: Halaman Utama PIBG
Pendahuluan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Tengku Azmi   
Rabu, 07 Mac 2012 03:29

PENDAHULUAN

Kemajuan sesebuah sekolah diukur dengan menghasilkan kecemerlangan pelajar samada dari kecemerlangan akademik maupun ko-kurikulum. Oleh itu pengembelingan tenaga dari semua pihak samada dari pengurusan sekolah, guru-guru, ibubapa dan pelajar merupakan aset penting dalam menjayakan hasrat ini.

Dari satu sudut peranan Persatuan Ibu bapa dan guru atau PIBG merupakan pemangkin kepada kejayaan sekolah. Oleh itu PIBG harus dipandang sebagai satu organisasi yang membantu sekolah mencapai kejayaan terutama kecemerlangan akademik.

VISI

Bergabung pendapat membuat keputusan bagi menyelesaikan maslaah dan mewujudkan sekolah berkesan.

MISI

Sama-sama berusaha menerapkan jati diri bagi membolehkan pelajar menghadapi cabaran semasa dan sekaligus mampu memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan Negara.

 

OBJEKTIF

1. Untuk mengadakan satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid di sekolah dalam meningkatkan imej sekolah

2. Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka

3. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru bertukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan

4. Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru-guru berunding antara satu sama lain berkaitan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya.

5. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menambahkan kewangan bagi meningkatkan kemudahan fizikal dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

MATLAMAT

Membantu pihak sekolah dalam aspek kewangan, Tenaga, Masa, Idea kerjasama dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak selaras dengan falsafah pendidikan Negara

STRATEGI PELAKSANAAN

1M1K  (satu minggu satu keiatan PIBG Di sekolah)

MOTTO PIBG

ERAT MEMBAWA BERKAT

LAST_UPDATED2
 

© Sekolah Menengah Kebangsaan Kandis 2011. Hak cipta terpelihara.
Untuk paparan terbaik, sila gunakan pelayar Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.